sains khb sejarah pendidikan islam

INDAHNYA PENCIPTAAN MANUSIA

  • Friday, 24 May 2013
  • Unknown
  • Labels: ,
  • Sebelum kita mempelajari tentang lebih mendalam berkenaan persenyawaan dan kehamilan (BAB 4: Pembiakan), JOM kita ketahui bagaimana Allah SWT menjadikan kita dengan sempurna =)







    " Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati (berasal) daripada tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal dagingitu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. 
    Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang Paling Baik"
    Surah Al-Mu'minun: Ayat 12-14


    Seterusnya mari kita lihat dan pelajari bagaimana sains membuktikan tentang kebenaran ayat Al-Quran tentang proses kejadian manusia...

    Persenyawaan adalah proses pencantuman gamet jantan (sperma) dengan gamet betina (betina) yang berlaku di tiub Fallopio untuk membentuk satu sel cantuman yang dikenali sebagai zigot.


    Kaji rajah dibawah untuk memahami bagaimana persenyawaan berlaku dengan menjawab soalan-soalan berikut. Selamat mencuba dan berjaya =)






    1. Dimanakan sperma dan ovum dihasilkan?
    2. Dimanakah proses persenyawaan antara sperma dan ovum berlaku?
    3. Setelah sperma dan ovum berjaya disenyawakan, zigot terhasil seterusnya membentuk embrio apabila melekat pada dinding uterus. Apakah nama proses pelekatan embrio pada dinding uterus?
    4. Embrio akan berkembang menjadi ______________apabila mencecah usia 2 hingga 9 bulan.

    Opss...Jangan lupe ye hantar jawapan anda pada muallimah pada hari Isnin (10 Jun 2013) bersamaan 1 Syaban 1434H setelah cuti sekolah berakhir. Anda ada 2 minggu untuk mencari jawapannya...All the best =)


    Akhir sekali mari kita hayati ayat Al-Quran ini untuk mengetahu hakikat penciptaan manusia

    "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"
    Surah Al-Baqarah: ayat 30

    "Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa pertanggungjawaban)?"
    Surah Al-Qiyaamah: Ayat 36



    0 comments: