Assalamulaikum :)
Tahukah anda apa kelebihan menghafal Al-Quran ?
1. Ganjaran Dunia
“Sesungguhnya
Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka
bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka
adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Orang
yang mengahafal Al-Quran tidak semestinya mendapat ganjaran di akhirat
semata-mata bahkan di dunia juga. Seperti didalam maksud hadis diatas
yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, penghafaz
al-Quran merupakan kerabat Allah S.W.T di dunia dikalangan manusia dan
juga hamba-hambanya yang terpilih. Bayangkan anda menjadi salah seorang
kerabat kepada Raja segala Raja, sedangkan didunia ini kalau kerabat
sultan pun dihormati,inikan pula kerabat Raja segala Raja.Tidak mahukah
kita merebut peluang seperti ini?. Selain itu orang yang menghafal
Al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin seperti di dalam maksud hadith
riwayat muslim “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” dan banyak lagi ganjaran dan kelebihan di dunia bagi orang yang menghafal Al-Quran
2. Mayat Tidak Reput
Disebutkan oleh hadith Rasulullah S.A.W bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati. 10 golongan tersebut ialah
a - Para Nabi
b - Para Syuhada'
c - Para Alim Ulama
d - Para Ahli Jihad
e - Para Hafiz Al-Quran
f - Imam atau pemimpin yang adil
g - Tukang Azan.
h - Wanita yang mati kelahiran/beranak
i - Orang mati dibunuh atau dianiaya
j - Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
3. Ibu bapanya mendapat kemuliaan
Sesiapa
membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka
kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang
sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun
matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
4. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi Muhammad S.A.W
“Adalah
nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau
bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran,
ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan
pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
5. Penghafaz al-Quran mendapat pahala yang berlipat kali ganda.
Sesiapa
yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya
(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh
sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf
tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
6. Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari
Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat
pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
Begitulah
kelebihan-kelebihan bagi orang yang menghafal Al-Quran. Sesungguhnya
Al-Quran itu wajib dipelajari bagi kita umat islam kerana didalam
sembahyang pun kita membaca Al-Quran. Jadi marilah kita sama-sama
membaca,menghafaz dan mengamalkannya agar kita mendapat keberkatan
daripada Allah S.W.T di dunia dan diakhirat - insya' Allah.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud
"Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka." (Surah Thaha ayat 123)
kredit : Blog Akademi Darul Quran Darul Hufaz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Guru Super Best
“Ilmu itu didatangi bukan mendatangi” -Malik Bin Anas
Guru-Guru Super
Mh Nabila Nor Azman (L20122009684)
Mh Nur Robaitul Akmar Hamid (L20122009717)
Mh Suriati Mohd Yusop (L20122009685)
Mh Suriatie Ghazali (L20122009719)
Mh Norliza Hassan (L20122009691)
Mh Nur Robaitul Akmar Hamid (L20122009717)
Mh Suriati Mohd Yusop (L20122009685)
Mh Suriatie Ghazali (L20122009719)
Mh Norliza Hassan (L20122009691)
Sekolah Super Best
Guru Super Lain
Followers
Memori Lepas
-
▼
2013
(10)
-
▼
May
(10)
- BAB 6 PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
- INDAHNYA PENCIPTAAN MANUSIA
- DIET SEIMBANG BAGI IBU MENGANDUNG
- TINGKATAN 1 : BAB 2 (REKA BENTUK & TEKNOLOGI - JEN...
- Kebaikkan Menghafaz Al -Quran
- EKSPERIMEN SAINS
- Saat Kemerdekaan Tanah Melayu
- Pengenalan Sejarah
- Pengenalan Kemahiran Hidup Bersepadu
- Pengenalan Sains
-
▼
May
(10)
0 comments:
Post a Comment