sains khb sejarah pendidikan islam

TINGKATAN 1 : BAB 2 (REKA BENTUK & TEKNOLOGI - JENIS BAHAN )

  • Friday 24 May 2013
  • Unknown
  • Labels: ,

  •  
    1. JENIS BAHAN

    A. Kayu
    • Kayu merupakan bahan asas untuk pelbagai kegunaan contohnya untuk membina bangunan, membuat perabot, digunakan sebagai bahan api dan lain-lain.
    • Kecacatan kayu disebabkan oleh:
    • kecuaian semasa menebang
    • pengeringan yang tidak teratur
    • serangan serangga perosak



    Beberapa kecacatan yang biasa berlaku pada kayu adalah:
    • retakan bulat
    • retakan jantung
    • retakan bintang
    • buku atau pusar
    • berpiuh atau berpintal
    • melengkung
    • berspring


     


    Jenis kayu, sifat dan kegunaannya

    
     
     
    B. Papan Lapis
    • Papan lapis dibuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipanggil "vernier".
    • Lapisan vernier ini ditindih dan diglu bersama-sama dengan perekat tiruan.
    • Tebal papan lapis adalah antara 3 mm hingga 32 mm dan dipasarkan dalam dua saiz:
    ·          91 cm x 183 cm
    ·          122 cm x 244 cm
    • Terdapat dua jenis papan lapis iaitu kalis air dan tidak kalis air.
    • Antara kebaikan papan lapis ialah:
    ·          permukaannya rata dan lebar
    ·          ringan dan mudah dikerjakan
    ·          tidak mudah mengecut atau meleding
    ·          bahagian hujung dan tepinya tidak mudah pecah jika dipaku atau diskru
     
    C. Medium Density Fibre (MDF)
    • MDF dibuat daripada serat kayu lembut dan bahan kayu terbuangyang dimampat serta diglukan.
    • Ia boleh didapati dalam saiz 4' x 8' dengan pelbagai ketebalan.
    • MDF biasanya disadurkan dengan bahan kemasan untuk mendapatkan permukaan yang berwarna atau bercorak ira kayu.
    • MDF digunakan dengna meluas dalam pembuatan perabot moden dan perumahan.

    D. Mounting Board
    • Mounting board ialah sejenis kertas keras atau kadboard.
    • Ia boleh didapati dalam berbagai warna dan dalam dua saiz:
    ·          2' x 4'
    ·          2' x 3'
    • Ia biasa digunakan dalam binaan projek, kotak, papan hiasan dan poster.


    Perbandingan antara kayu, papan lapis, MDF & mounting board.
     

     


    0 comments: